Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Teksi Rancang Adakan Perhimpunan Aman Secara Besar-besaran Bantah SPAD

No Comment


KUALA LUMPU: Persatuan Tranformasi Pemandu Teksi Malaysia(PERSIM) dikatakan akan mengadakan satu perhimpunan aman besar-besaran di Putrajaya pada 25 Feruari ini kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

Menurut Jurucakap PERSIM perhimpunan itu diadakan untuk mendesak kerajaan agar merombak SPAD kerana menzalimi pengusaha pengankutan awam.

"Pegawai-pegawai SPAD mengamalkan budaya Israel, mereka tidak mengiktiraf kita (pemandu teksi) sebagai manusia."

"Ramai sahabat-sahabat kami telah dikenakan tindakan undang-undang dengan saman dan denda yang terlalu tinggi, malah ada diantara sahabat-sahabat kami hampir dan mungkin telah disumbat ke dalam Penjara Sungai Buluh hanya kerana Kad Pemandu tamat tempoh," katanya.

Menurut PERSIM penumbuhan SPAD asalanya adalah untuk mentransformasikan industri pengangkutan awam darat Negara, agar sistem pengangkutan awam darat Negara lebih teratur dan lebih bersistematik.

"Sebaliknya apa yang terjadi sekarang adalah terbalik dimana SPAD lebih dilihat menindas pengusaha pengangkutana awam dan kejam seoalah-olah menabur pasir ke dalam periuk nasi kami."

Mwnurut mereka lagi Tan Sri Syed Hamid Albar seorang pengerusi SPAD yang tidak bertanggungjawab kerana beliau tidak menjalankan tugas dengan hanya melepaskan segala tanggungjawab beliau kepada pegawai-pegawai SPAD yang tidak berhati perut, kesudahannya kita semua teraniaya." terang PERSIM. - Siakapkeli.com.my

SUMBER
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli