Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bom meletup di luar pusat beli-belah Bangkok

No Comment

BANGKOK: Seorang lelaki cedera ringan, selepas dua bom paip meletup di luar sebuah pusat beli-belah mewah di Bangkok, semalam.

Menurut polis, lelaki tempatan itu cedera di tangan kirinya.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu adalah yang pertama berlaku di ibu negara Thailand, sejak rampasan kuasa tentera, pada Mei tahun lalu.

Siasatan mendapati, letupan itu berpunca daripada dua bom buatan sendiri yang disembunyikan di belakang transformer kuasa di laluan pejalan kaki antara Stesen Siam BTS (Bangkok Mass Transit System) dan pusat beli-belah Siam Paragon.

“Bahan letupan buatan sendiri itu diletupkan sebuah jam digital. Ia diisi bahan letupan dan paku,” kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thawonrsiri.

Menurutnya, motif serangan itu bertujuan mencetuskan panik, bukannya untuk membunuh.
Jelasnya, polis akan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua suspek lelaki yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketegangan politik di Negara Gajah Putih itu semakin memuncak, sejak Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) pada bulan lalu, melarang bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menyertai politik selama lima tahun.

Pada hari sama, seramai 190 daripada 220 ahli NLA turut mengundi untuk menyokong usul mendakwa Yingluck berhubung skim subsidi padi penuh kontroversi, manakala 18 lagi menolak usul itu.

Keputusan itu menyebabkan penyokong Yingluck dan abangnya yang dibuang negeri, Thaksin berang. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli