Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cari dan ubati beruang matahari sakit tenat

No Comment


KUCHING 1 Feb. – Persatuan Pencinta Alam Malaysia meminta pihak berkuasa mencari beruang matahari yang dipercayai sakit tenat dan luruh hampir keseluruhan bulunya, untuk diubati dengan segera kerana dikhuatiri nyawanya sedang terancam.

BACA: (Video) Haiwan Pelik Ditemui di Sibu Sarawak

Menurut Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia Cawangan Sarawak, Anthony Sebastian, beruang matahari atau nama saintifiknya, Ursus Malaynus merupakan spesies mudah pupus kerana memerlukan masa agak lama untuk matang dan membiak.

Katanya, pihak berkuasa seperti Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Jabatan Hutan Sarawak perlu bertindak segera untuk mengesan haiwan itu, jika tidak beruang matahari itu mungkin mati dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Haiwan ini perlu dilindungi sepenuhnya kerana kini dikategorikan sebagai vulnerable di dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Pe*muliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

“Apa pun, penemuan beruang ini menimbulkan persoalan iaitu bagaimana haiwan yang secara semula jadi takut dengan manusia bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kemunculan beruang matahari itu berjaya dirakamkan sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit Indonesia di Jalan Bintangor-Sibu apabila dikatakan cuba menyerang mereka pagi kelmarin.

Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Majlis Pengawasan Perhutanan Antarabangsa (FSC) berkata, konflik antara manusia dan beruang matahari amat jarang berlaku berbanding hidupan liar lain.

“Serangan haiwan terbabit di sebuah kawasan ladang kelapa sawit membangkitkan persoalan kerana beruang matahari tidak akan bertindak begitu sekiranya habitatnya tidak diceroboh.

“Beruang itu juga masih muda iaitu berusia kira-kira setahun dan lebih menyedihkan sedang sakit yang memerlukan rawatan segera,” jelasnya.

Sementara itu jurucakap SFC memberitahu, pihaknya telah menghantar Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) bagi menjejaki haiwan itu semalam dan hari ini, namun tidak berjaya menemuinya ekoran keadaan banjir belum surut.

“Esok kita akan meneruskan usaha mengesan beruang matahari itu,” ujarnya.-Utusan
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli