Cuma Dibayar RM50, Pelakon Tambahan Buat Laporan Polis
Kuala Lumpur: Hanya RM50 bayaran diterima. Itu nasib malang menimpa seorang pelakon tambahan selepas menjalani penggambaran sebuah filem di Sabak Bernam, Selangor, sejak November tahun lalu.
Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Khai, 20, mendakwa ditawar watak pelakon tambahan oleh sebuah syarikat perfileman selepas mengadakan rundingan di Bandar Baru Sentul pada 10 November tahun lalu.
Menurutnya, dia bersetuju untuk berlakon selama 11 hari dengan bayaran RM100 sehari berdasarkan perjanjian.
“Tambahan pula tempat tinggal dan duit petrol kenderaan disediakan syarikat itu menyebabkan saya tertarik.
“Bagaimanapun sebaik tiba sampai di lokasi penggambaran, pihak produksi memberitahu jadual perlu dirombak menyebabkan saya dan seorang lagi rakan yang turut ditawarkan berlakon hanya memulakan penggambaran pada hari kelapan,” katanya yang sudah lima tahun menjadi pelakon tambahan. - myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini