Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

FAM Tidak Profesional, TMJ Lepaskan Jawatan Penasihat FAM

No Comment


Kerana tidak selesa dan kecewa dengan pengurusan FAM yang disifaktan tidak adil dan tidak profesional, Presiden Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, telah meletak jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berikut adalah kenyataan TMJ yang disiarkan oleh laman Facebook rasmi milik JDT.

"Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.

Satu impian di mana suatu hari nanti badan pentadbir bolasepak Malaysia akan dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bolasepak, dan bukannya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik. 

Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bolasepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bolasepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri. 

Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bolasepak, permainan yang indah, tiada politik. 

Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak tempatan. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM." ujarnya. Tunku Ismail dilantik FAM menjadi penasihat pada Oktober tahun lalu. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli