Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kelantan Tampil Kekuatan, Benam Lions XII 2-0

No Comment
KETUA pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi meraikan jaringan yang juga gol kedua The Red Warriors pada perlawanan Liga Super 2015 bertemu Lions XII di Stadium Sultan Mohammad ke IV, malam ini. - Foto Fathil Asri

KOTA BHARU – Kelantan merakam kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Super 2015 selepas membenam cabaran wakil jiran, Lions XII 2-0, sebentar tadi.

Beraksi di depan ribuan penyokong sendiri di Sultan Mohammad IV Stadium, Kelantan di depan seawal minit ke-6 permainan menerusi jaringan pemain import, Jonathan McKain.

Dua minit sebelum babak pertama tamat, kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi menampilkan kepakarannya mengambil sepakan percuma dengan rembatannya dari luar kotak penalti berjaya menerjah gawang Lions XII.

Sekalipun permainan tambah rancak pada babak kedua, tiada jaringan tambahan mampu dijanakan kedua-dua pasukan yang menyaksikan Lions XII terpaksa menerima kekalahan pertama musim ini.

Kemenangan ke atas Lions XII pula menyaksikan Kelantan kini berkongsi kedudukan teratas Liga Super bersama Perak selepas mengutip enam mata penuh.

Perlawanan Liga Super Kelantan menentang Lions XII, malam ini ditangguhkan sehari bagi memberi penghormatan kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Khamis.

Jadual sebenar perlawanan adalah pada malam semalam. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli