Pakatan Tetap Mahu Anwar Jadi PM – Pemuda DAP
Menurut Pemuda DAP, Teo Kok Seong, Datuk Seri Anwar tetap calon pilihan Pakaatan Rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Beliau berkata, Pakatan itu bersama keluarga Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Buat keluarga Anwar, semoga tabah dan cekal hati menghadapi detik yang amat sukar ini. Kami rakyat dan rakan-rakan dalam PR akan terus berdiri teguh bersama keluarga anda.
“Pemuda DAP bertekad meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan,” , katanya.
Oleh itu, Kok Seong menyeru seluruh rakyat Malaysia melakukan reformasi dengan memilih kerajaan baru pada pilihan raya umum kelak.
“Lawan Tetap Lawan. Membujur Lalu Melintang Patah,” katanya. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini