Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelatih PLKN 2 kali diliwat rakan dalam bilik air

No Comment


Permaisuri: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa menjadi mangsa liwat rakan pelatihnya di sebuah kem PLKN di daerah ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.45 petang ketika mangsa berusia 18 tahun berada di dalam bilik air sebelum pintu bilik air berkenaan diketuk suspek.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 18 tahun dikatakan menolak pintu bilik air itu sebelum masuk dan mengunci pintu berkenaan.

Beliau berkata, suspek bertindak mencium dan memeluk mangsa yang cuba menolaknya.

“Pada masa sama, suspek membuka seluar mangsa.

“Tidak cukup itu, suspek turut bertindak keji apabila meliwat mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran rakan lain,” katanya.

Ab Rahman berkata, mangsa mendakwa suspek pernah melakukan perbuatan sama terhadapnya pada Januari lalu di dalam bilik di kem berkenaan.

Katanya, mangsa mendakwa suspek ada mengugutnya supaya tidak melaporkan perbuatannya kepada sesiapa.

“Tidak tahan menjadi pemuas nafsu suspek, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Penarik di sini, kira-kira jam 6 petang hari sama.

“Susulan laporan dibuat mangsa, suspek ditahan tidak lama kemudian dan kini direman untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli