Pemilik Akaun Twitter Zoonar Cartoonist Ditahan Polis
Semalam Siakapkeli ada menyiarkan tentang tiga individu yang Ketua Polis Negara arah untuk disiasat dibawah akta hasutan.
BACA: KPN Arah Tiga Individu Ini Disiasat Susulan Tweet Berbaur Hasutan
Pemilik Twitter Zunar Cartoonist merupakan salah seorang daripadanya dipercayai memuat naik kenyataan berbaur hasutan terhadap hakim dalam keputusan kes rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Lelaki yang berusia 52 tahun itu telah ditahan di Jalan Panti Murni, Pantai Dalam pada jam kira-kira 9.30 malam tadi.
Suspek kini dalam tahanan di lokap Dang Wangi untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosidur Jenayah (KPJ). ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini