Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peserta Felcra Bantah Projek Lombong Bijih Besi

No Comment
Pahang (dua kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Hazrinor Hisham di pejabat Felcra Wilayah Pahang, di sini.
KUANTAN – Kira-kira 21,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad di negeri bertegas tidak akan tunduk dengan keputusan Felcra Properties Sdn Bhd yang kini dalam usaha menjadikan ladang peserta sebagai kawasan melombong bijih besi.

Isu yang timbul sejak 2014 itu menimbulkan ketidakpuasan hati peserta apabila pihak terbabit membuat keputusan melulu tanpa merujuk kepada peserta.

Bagi Ahli Jawatankuasa Kawasan Projek Felcra Kampung Paloh Hinai, Pahang Awang Mohamad, 63, dia dan peserta lain sudah bersepakat tidak akan berkompromi dengan pihak yang hanya mementingkan diri sendiri hingga sanggup melihat rakyat di luar bandar terus miskin.

Pahang mendakwa Felcra Properties sudah melantik syarikat yang akan bertanggungjawab melakukan kajian dan membuka 32 kawasan lombong bijih besi di kawasan projek mereka.

Dakwanya lagi, Felcra Properties yang juga anak syarikat Felcra itu seolah-olah membelakangkan peserta apabila tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk menjalankan projek terbabit.

“Sebelum ini peserta dimaklumkan mereka akan menerima RM5 bagi setiap tan bijih besi sementara Felcra Properties meraih RM10. Perjanjian berkenaan berat sebelah dan merugikan peserta sedangkan ia diusahakan di atas tanah milik peserta.

Tambahan pula tanah yang dimajukan Felcra hanya untuk projek pertanian iaitu tanaman getah dan kelapa sawit sahaja,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan perkhidmatan pengarah Felcra Properties tidak disambung kepada Pengurus Besar Felcra Wilayah Pahang Datuk Hazrinor Hisham Harun, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Pahang melahirkan rasa kecewa dengan sikap Felcra Properties yang mahu menjadikan kawasan projek peserta sebagai kawasan perlombongan bijih besi.

Bagi Ahli Jawatankuasa Kawasan Projek Felcra Kampung Sri Makmur, Zulkifli Awang Yahya, 56 turut membantah hasrat Felcra Properties membuka lombong bijih besi kerana hanya merugikan semua peserta Felcra di negeri ini.

“Kami juga akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di hadapan pejabat Felcra di Kuala Lumpur sebagai bantahan sekiranya permintaan peserta tidak ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Hazrinor Hisham berkata, beliau akan menyerahkan memorandum bantahan peserta Felcra kepada Pengerusi Felcra, Datuk Bung Mokhtar Radin dalam masa terdekat untuk tujuan diputuskan.

Beliau juga memaklumkan sudah melihat memorandum berkenaan dan berdasarkan kandungan memorandum berkenaan, ada kemungkinan Felcra Properties Sdn Bhd tidak memaklumkan atau mengadakan siri pertemuan dengan peserta Felcra sebelum membuat keputusan untuk membuka lombong bijih besi.

Katanya, Felcra Properties Sdn Bhd adalah anak syarikat Felcra dan sudah pasti mereka perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan Felcra sebelum melaksanakan sebarang projek pembukaan tanah baharu atau apa-apa projek di kawasan tanah rancangan kita.

“Untuk makluman, ada tanah rancangan diusahakan Felcra ini adalah milik individu dan ada juga milik kerajaan negeri. Seeloknya, lebih baik lakukan kajian dan pertemuan dengan peserta atau kerajaan negeri sebelum membuat keputusan untuk melakukan projek di kawasan terbabit,” katanya. – Sinar Harian Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli