Rang Undang-undang Hudud Akan Dibentangkan Pada Mac Ini
KOTA BHARU: Kerjaan Negeri Kelantan dikatakan akan membentang rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada Mac ini bagi membolehkan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di negeri ini.
Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dengan berkata selain membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud pihaknya juga akan membentangkan pindaan kepada enakmen tersebut di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk penambahbaikan.
Semua perkara ini akan dibuat apabila DUN mua bersidang nanti dan persidangan DUN Khas akan di adakan semula kerana tergendala akibat banjir baru-baru ini.
“Rang undang-undang persendirian dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah adalah dua perkara berbeza dan apa yang kita akan bawakan ke Dewan Rakyat ialah rang undang-undang persendirian itu bagi membolehkan enakmen tersebut dilaksanakan.
“Enakmen Kanun Jenayah Syariah ini telah diluluskan pada tahun 1993 cuma baru-baru ini kita bercadang untuk membuat beberapa pindaan bagi menambah baik lagi enakmen tersebut.
“Oleh kerana banjir maka kita tangguh jadi insya-Allah yang ini (Enakmen Kanun Jenayah Syariah) kita akan bawa juga pada persidangan biasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac ini,” katanya yang dipetik Rakyat News.
Mohd. Amar bagaimanapun, tidak menyatakan tarikh sebenar rang undang-undang tersebut akan dibawa ke Dewan Rakyat kerana akan diputuskan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. - Siakapkeli.com.my
“Dewan Rakyat akan bersidang selama sebulan pada Mac ini, itu cadangan kita (untuk bentang rang undang-undang persendirian) tetapi keputusannya akan diisytihar oleh Menteri Besar,” katanya.
Tambahnya, rang undang-undang persendirian itu dibentang bagi meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 memberi bidang kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan untuk membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukan dalam enakmen hudud.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini