Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adik Presiden Sri Lanka Maut Ditetak

No Comment


COLOMBO: Adik lelaki Presiden Sri Lanka yang mengalami kecederaan selepas diserang dua lelaki bersenjatakan kapak dua hari lalu disahkan meninggal dunia pada Sabtu.

Mangsa, Priyantha Sirisena, 40, yang merupakan adik kepada Presiden, Maithripala Sirisena sebelum ini dirawat di hospital selama dua hari akibat kecederaan parah di kepala.

Ahli perniagaan itu dilapor ditetak di Polonnaruwa yang terletak kira-kira 215 kilometer dari Colombo ketika abangnya berada di China atas urusan rasmi.

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.

Mangsa dilapor telah mendapatkan rawatan terbaik di hospital bandar namun kecederaan parah akibat ditetak di kepala menyukarkan usaha menyelamat.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli