Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Siapa Yang Boleh Pertikai Perlaksanaan hudud - Tan Sri Dr Harussani

No Comment


IPOH: Tidak ada sesiapapun yang boleh mempertikaikan perlaksanaan hukum Hudud kerana ia adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan, tegas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sebagai umat islam kita tidak boleh mempertikaikan tetapi boleh mengkritik untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

“Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.

“Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok…mungkin yang dikritik itu adalah caranya…hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib,” katanya hari ini.

Ummat Islam haruslah bersatu dengan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

“Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah,” katanya.

Mengulas teguran beliau baru-baru ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah, Harussani berkata tindakan itu bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran atau peringatan dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerima atau sebaliknya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli