12 Kubur, 17,000 Mayat Mangsa IS Ditemui
PASUKAN Forensik Iraq menitiskan air mata apabila menceritakan pengalaman mereka menggali 12 kubur yang menjadi tempat persemadian seramai 17,000 tenteranya yang dibunuh kejam oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).
Pasukan itu menggali kubur-kubur berusia lingkungan 10 hingga 12 bulan selepas anggota tentera terbabit dibunuh IS di Tikrit.
Dalam pembunuhan kejam itu, rata-rata tentera Iraq telah disembelih dan terdapat juga yang ditembak di kepala sebelum ditanam di dalam lubang besar.
Turut ditemui dalam penggalian kubur itu ialah kad pengenalan tentera, barangan yang dibawa mangsa serta mayat yang masih diikat tangan.
Seorang pegawai forensik, Khalid al-Atbi berkata," pasukan itu telah menemui kubur-kubur yang membuatkan hati mereka sayu untuk meneruskan kerja."
Jelasnya, ketika mula menggali kubur pertama mereka telah menemui lebih 20 mayat anggota tentera muda.
Lokasi anggota tentera Iraq ditembak di kepala sebelum dihumban ke dalam sungai.
"Terdapat dikalangan kami yang menemui mayat saudara mereka yang dapat dikenalpasti melalui kad pengenalan tentera.
"Ia pengalaman yang cukup menyedihkan apabila menemui rangka saudara sendiri," tambahnya.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini