Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Gadis Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Pula Didakwa

No Comment


Shah Alam: Bapa kepada gadis Myvi yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di Shah Alam baru-baru ini pula telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun Syed Fareid Yahya, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Fareid didakwa telah mendatangkan kecederaan ke atas Azmi Mat Mokhtar, 54, kira-kira jam 4.30 petang pada 29 Mac lalu di pejabat pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

BACA: Pemandu Teksi Bertengkar Dengan Gadis Didakwa Dengan Empat Pertuduhan

Majistret Nor Shakinah Ahmad Kamaruddin menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya N Panimallah manakala Syed Fareid diwakili peguam bela Azad Bashir dan Sarah Mohd Ali.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 29 April ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli