Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gerai Kak Murni Masih Kekalkan Harga Makanan RM1

No Comment


Dalam ramai terasa dengan kenaikan harga barang dipasaran dan harga makanan yang dikenakan cas GST rupanya masih ada lagi kedai yang menawarkan makanan beharga RM1!.

Gerai makanan yang dimaksudkan adalah gerai Kak Murni di Kampung Sungai Buaya, Nibung Tebal, Pulau Pinang yang sudah 10 tahun beroperasi dengan menyediakan makanan seperti laksa, mi dan bihun serta ais batu campur.

Dengan rata-rata pengusaha gerai makanan berlumba menaikkan harga, tetapi tidak bagi Murniza Md Isa, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Murni yang merupakan pemilik gerai tersebut.

Beliau dikatakan tidak bercadang menaikkan harga walaupun ada antara bahan mentah terpaksa dibeli pada harga lebih mahal selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan 1 April lalu.

"Walaupun dijual pada harga RM1 makanan dihidangkan sentiasa dipastikan kekal enak dan kuantiti hidangan pula berbaloi."

"Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pelanggan dengan memastikan laksa dan makanan lain yang dijual kekal lazat seperti sebelum ini,” katanya.

Walaupun ramai yang menasihatkannya supaya menaikkan harga makanan kerana takut beliau rugi tetapi gerai RM1nya sudah menjadi 'trademark' dan lebih sesuai dikekalkan. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli