Kanak-Kanak Dari Kaum minoroti Di Iraq Diculik IS Jadikan Hamba Seks
GOLONGAN kanak-kanak perempuan etnik minoriti Yazidi, Iraq ditahan atau diculik dan selepas itu dijadikan hamba seks oleh kumpulan militan IS.
Mereka yang diculik berusia antara 14 hingga awal 20-an dan ada antara gadis berkenaan bertindak membunuh diri akibat mengalami tekanan psikologi yang teruk.
Mangsa yang enggan dikenali menceritakan semula pengalamannya ketika dia ditahan bersama seorang remaja perempuan bernama Jilan, 19, apabila mereka diberikan pakaian seperti penari dan diarahkan mandi sebelum memakai pakaian tersebut.
“Akibat takut dirogol, Jilan membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangannya sebelum menggantung diri dalam bilik air,” kata mangsa tersebut. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini