Pesawat Iran dihalang memasukan ruang udara Arab Saudi - Foto Reuters
ARAB SAUDI - Pihak berkuasa Arab Saudi hari ini tidak membenarkan sebuah pesawat yang membawa 260 penumpang dari memasuki ruang udaranya kerana pesawat tersebut tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu menurut agensi berita Kuwait.
Memetik laporan Al Arabiya News, pihak berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi berkata, pesawat tersebut dihalang untuk memasuki ruang udara kerana tidak mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa mengikut peraturan yang di gunapakai penerbangan antabangsa.
Menurut jurucakap, Khaled al-Khubairi, pesawat itu sepatutnya mendapatkan kebenaran terlebih dahulu demi keselamatan penumpang.
Sementara itu, pihak berkuasa Iran masih belum mengesahkan kejadian tersebut. - Reuters