Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat transgender tak dituntut

No Comment


Surabaya: Tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 masih disimpan di bilik mayat kerana identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.

Ketua Pasukan Mengenal pasti Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur, Budiyono berkata, tiga mayat itu dilabel B028, B044 dan B075.

“Anehnya, mayat B044 kami percaya sudah menukar jantina kerana kami mendapati mangsa mempunyai alat kelamin wanita tetapi selepas bedah siasat kami tidak menemui rahim,” katanya.

Ujarnya, maklumat mangsa tiada dalam data penumpang yang diberikan waris dan kemungkinan keluarganya malu kerana mangsa menukar jantina.

“Kami mencari maklumat mangsa daripada data yang kami ada tetapi tiada persamaan.

“Selain itu mayat ini juga tidak ada dalam daftar masuk penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

“Buat sementara waktu kami menganggap mayat ini bukan mangsa korban QZ8501,” jelasnya.

Tambahnya, satu lagi mayat yang dilabel B028 turut dianggap sebagai bukan mangsa korban nahas itu selepas identitinya tidak dapat ditentukan lagi.

Katanya, mayat itu hanya dikenal pasti sebagai lelaki tetapi maklumatnya tiada dalam data mangsa yang dikumpul oleh pasukan itu.

“Mayat ini tiada maklumat dalam data kami dan juga senarai penumpang serta anak kapal,” katanya, semalam.

Sementara itu, satu lagi mayat yang dilabel B075 dikenal pasti sebagai anak lelaki kepada seorang mangsa pesawat berkenaan yang sudah dikenal pasti sebelum ini. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli