Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peruncit Kad Tambah Nilai Lebih Rela Hentikan Penjualan Kerana Tidak Sanggup Tanggung Rugi Lagi

No Comment


Peruncit kad tambah nilai dalam dilema apabila mereka sekarang dilaporkan lebih rela untuk tidak menjual kad tambah nilai prabayar daripada bertikam lidah dengan pengguna.

Mereka rela berbuat demikian bagi mengelak menanggung keerugian daripada jualan kad tambah nilai itu, sebaik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa awal bulan ini.

Memetik laporan Malaysiakini , pekedai ini mereka tidak layak untuk mendaftar bagi mengenakan cukai GST kerana pendapatan kurang daripada RM500,000 setahun seperti disyaratkan.

Tetapi walaupun tidak layak berdaftar, mereka terpaksa menanggung cukai tambahan enam peratus dari pengedar kad prabayar tersebut jika ingin menjualnya.

“Kita peniaga kecil tidak daftar GST, (kita) tak boleh kenakan GST kepada pelanggan, tapi barang yang kita ambil (dari pengedar) kena GST,” kata seorang pengusaha kedai runcit, Shamsuddin Moidutty.

Shamsuddin, 55, beliau sebelum ini terpaksa bertikam lidah dengan pelanggan kedainya di Bukit Taman Angkasa, Kerinchi apabila beliau menjual dengan harga baru yang dikenakan GST.

Seorang lagi peniaga, Amin Mohd Saman berkata, beliau hanya mendapat untung satu peratus daripada jualan kad prabayar bernilai RM10 semasa GST belum berkuatkuasa.

“Kalau dah kena GST, saya tanggung cukai orang dan jual kad prabayar ini tidak ada untung langsung.

“Kalau pelanggan tidak beli kad prabayar pun saya tidak rugi, saya malas hendak bergaduh dengan pelanggan jadi saya suruh saja beli di (kedai serbaneka),” katanya.

Menurut seorang pernaiga lagi ,Amin, 49, berkata, walaupun tidak mendapat keuntungan beliau terpaksa menjual kad prabayar ini demi menarik pelanggan ke kedainya.

"Untung memang tidak ada, saya jual kad lama yang saya beli sebelum GST. Tak tahu stok tahan sampai bila...

"Biasanya kalau pelanggan datang beli kad prabayar, mereka akan beli barang lain juga jadi kad prabayar ini macam pelaris kedai saja," katanya ketika ditemui di kedainya di Pantai Dalam.


Seorang pengedar kad prabayar, Hanif Abdullah memberitahu dia sudah menghentikan penjualan kad prabayar kepada peruncit memandangkan pengumuman dari kerajaan kini masih mengelirukan.

“Kami diberitahu sebelum 1 April kad prabayar tak kena GST. Tapi, esoknya (kerajaan kata) kad prabayar kena GST.

“(Dengan GST) harga tetap RM10.60 tapi telco bagi lebih masa berbual dan SMS.

“Tapi kalau pekedai baca berita 1 April dan tak baca berita 2 April, nanti dia cakap kita sengaja kenakan GST.

“Jadi, baik tak payah jual,” kata Hanif, 32, yang sudah menjadi pengedar kad prabayar sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, beliau juga tidak mendaftarkan perniagaan di bawah GST dan terpaksa menanggung cukai GST dari syarikat telekomunikasi.

“Sebelum GST kita dapat harga RM9.70, kita boleh jual kepada peruncit RM9.90, jadi peruncit boleh jual RM10 dan untung sepuluh sen.

“Sekarang tak boleh jual lagi sebab saya dan kedai runcit tak berdaftar GST," katanya.

Sebelum perlaksanaan GST Jualan kad prabayar dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi (telco).

Cukai berkenaan kini digantikan dengan GST, yang dikenakan oleh syarikat telco ke atas pengguna. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli