Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembunuh pelajar Islam simpan dendam lama

No Comment
Yahaya (kanan) menunjukkan kenderaan mewah yang berjaya ditemui semula selepas dilaporkan hilang sekitar Lembah Klang sejak awal tahun lalu.
SUBANG JAYA – Enam kenderaan mewah bernilai RM700,000 yang dilapor hilang awal tahun ini berjaya ditemui semula selepas polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun.

Kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Kluang itu akan mengubahsuai enjin dan nombor casis kenderaan dicuri sebelum dipasarkan dalam pasaran gelap dan dieksport ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, remaja tersebut ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira jam 2.10 petang, di Plaza Tol Subang, 30 Mac lalu.

Suspek yang tidak mempunyai lesen itu ditahan ketika memandu  sebuah kereta jenis Toyota Hilux dalam keadaan menggigil dan mencurigakan.

Hasil semakan mendapati kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilapor hilang di Sunway awal tahun lalu.

Remaja mempunyai dua rekod jenayah lampau itu kemudian membawa polis ke Jalan Kuchai Lama dan menunjukkan  dua buah kereta Toyota Hilux berwarna hitam yang didakwa dicuri di USJ8, sebelum ini.

Soal siasat seterusnya membawa polis ke Taman Kajang Mulia, menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas sebuah Toyota Hilux warna kelabu yang dilapor hilang di Klang.

Polis kemudian menyerbu ke tempat letak kereta di  S-2 Kajang dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun bekerja sebagai jurujual barang elektrik.

Suspek didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Dua buah kereta masing-masing jenis Toyota Hilux dan Toyota Vellfire yang dilapor hilang di Seri Muda dan Kelana Jaya berjaya ditemui semula.

Kesemua enam kenderaan yang dirampas dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut,  suspek direman selama lima hari hingga 12 April ini.

“Kita percaya ada lagi saki-baki sindiket, polis akan terus memburu dalang utama disebalik kegiatan ini kerana difahamkan tiga ditahan hanya bertindak sebagai penghantar kenderaan yang dibayar upah sebanyak RM50,”katanya

Kes disiasat bawah Seksyen 379 (A) kerana mencuri kenderaan. — Sinar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli