Perak Gunakan Khidmad Drone Untuk Pantau Aktiviti Curi Pasir
IPOH:Memandangkan terlalu banyak aktiviti mencuri pasir yang tidak dapat dikawal, Kerajaan Negeri Perak bercadang menggunakan pesawar Quadcopterataupun dikenali sebagai 'drone' bagi memantau kegiatan mencuri pasir di seluruh negeri ini.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir beberapa daerah akan mula memperkenal kaedah tersebut.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) mengenai penggunaan sistem pengemudian GPS untuk lori pemegang permit bagi menangani kecurian pasir pada persidangan Dun hari ini.
Zamry memberitahu, buat masa sekrang ekrajaan menggunakan GPS untuk memantau kegiatan curi pasit tetapi kerajaan negeri mahu kaedah yanglebih terkini untuk menangani masalah itu.
Semasa menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) mengenai tiada pendakwaan terhadap pencuri pasir, Zambry berkata, beliau telah mengarahkan supaya aspek mengumpul barang bukti dipertingkat bagi membolehkan pendakwaan dilakukan.
"Saya setuju kes (curi pasir) didakwa di mahkamah. Setakat kompaun, ia tidak memberikan apa-apa kepada mereka...bagi satu kes, jumlah kompaun sekitar RM5,000," katanya.
Mengenai anggaran kerugian hasil kerajaan negeri akibat kegiatan curi pasir haram dan batu mineral di seluruh negeri, Zambry berkata, kerugian adalah antara RM10 juta hingga RM20 juta setahun dan aktiviti itu dipercayai didalangi kumpulan kongsi gelap. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini