Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Tidak Dibenarkan Saksikan Konvo Anak Kerana Tidak Patuh Etika Pakaian

No Comment


Seorang ibu menyatakan kesedihannya apabila tidak dapat memasuki dewan konvokesyen UITM Shah Alam untuk melihat anaknya menerima segulung ijazah di hari bersejarah selepas menamatkan pengajian.

Beliau, Marjorie Abdullah,  yang melalui saat sedih dan kecewa ini telah berkongsikan perkara ini di laman Facebook miliknya dengan mendapat perhatian ramai.


Marjorie yang datang dari Sarawak ke Shah Alam terkejut selepas dia tidak dibenarkan oleh pihak universiti memasuki dewan untuk menyaksikan Istiadat Konvokensyen anaknya kerana tidak mematuhi etika pakaian.


Marjorie memberitahu dia tidak tahu etika pakaian seperti tertera dalam kad jemputan kerana berada di Sarawak namun alasan itu tidak diterima pihak universiti berkenaan.

Kerana tindakan pihak universiti tersebut kepada beliau, anaknya juga enggan menghadiri Istiadat Konvokesyen kerana tidak setuju dengan cara ibunya dilayan.

Walaubagaimanapun, Marjorie tetap kelihatan gembira ketika bergambar dengan anaknya di luar dewan kerana yang penting, anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian.

Cara pemakaiaan beliau tidaklah teruk pun, tertutup elok. Bagaimana sebenarnya cara pemakaian yang di tetapkan oleh pihak UITM. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli