Polis Masih Belum Kenal Pasti Identiti Penumpang Wanita
SEMENYIH: Polis masih tidak dapat mengesahkan identiti mayat penumpang wanita yang berada di dalam helikopter yang terhempas pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata mereka hanya boleh mengenal pasti identiti wanita tersebut sehingga ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
"Seorang wanita hadir ke HKL pada Isnin untuk memberikan sampel DNA tetapi dia mendakwa sebagai adik tiri mangsa.
"Kita memerlukan ahli keluarga terdekat untuk tampil supaya kami boleh memadankan DNA tersebut," katanya.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini