Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

27 kawasan dalam Daerah Petaling Akan Terganggu Bekalan Air

No Comment



KUALA LUMPUR: Kira-kira 12 kawasan yang melibatkan 7035 akaun pengguna air di dalam daerah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air pada 28 November ini kerana kerja menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan itu.

Kerja menaik taraf ini melibatkan Kerja penggantian enam (6) Injap ‘inlet’ dan ’outlet’ di Kolam Talu (Bandar Pinggiran Subang), Subang Bestari, Wilayah Petaling dan masa gangguan air bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Perkara ini disahkan oleh Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam, Priscilla Alfred dan menasihatkan para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini, serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.


Kawasan terlibat adalah Jalan Qamari, Jalan Matahari, Jalan Kejora, Jalan Waruna, Jalan Musytari, Jalan Bumi, Jalan Uranus, Jalan U5/33, Jalan Suria, Jalan Dinar, U3; Jalan Tasik Raja Lumu, U4; Jalan Apollo, Jalan Bulan, Jalan Utarid, Taman Nusa Subang, Taman Subang Idaman, Taman Puteri Subang, Bandar Pinggiran Subang, Taman Subang Kristal, Subang Impian, Taman Desa Subang, Jalan Pluto, Subang Suria, Taman Subang Intan, Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Mahkamah Syariah Daerah Petaling dan Pangsapuri Flora.


Untuk mengetahui lebih lanjut pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi gangguan bekalan air ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Pada masa sama, pihak SYABAS meminta para pengguna yang menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) agar bersabar jika terpaksa  menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab berikutan kesesakan talian telefon PUSPEL.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli