Penjawat Awam di Selangor Bakal Terima Bonus Pada Disember
Selangor, 24 Nov - Para penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus setengah bulan gaji pada pertengahan Disember ini.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali menerusi laman Twitter rasminya.
Menurut beliau, pemberian bonus tersebut bertujuan untuk meringankan beban penjawat awam bagi menghadapi persediaan musim sekolah yang bakal bermula.
Selain itu, beliau juga turut memuat naik satu poster khas bagi mengumumkan perkara tersebut.
Bonus setengah bulan gaji itu akan diberikan pada 18 Disember ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini