Menurut laporan dari polis, pengebom terbabit menyamar dengan memakai baju uniform sekolah sebelum meletupkan bom berkenaan.
Mangsa yang terselamat mengatakan pengebom tersebut telah menyembunyikan bahan letupan di dalam beg sandang yang biasa dipakai oleh pelajar di sekolah berkenaan.
Kira-kira 2,000 pelajar berkumpul bagi perhimpunan mingguan di tempat kejadian ketika letupan menghancurkan dewan sekolah, menurut mereka yang terselamat
"Kami sedang menunggu pengetua untuk berucap, kira-kira jam 7.30 pagi, kami terdengar bunyi yang membingitkan dan saya terpelanting Orang ramai mula menjerit dan melarikan diri. Saya boleh nampak darah di seluruh badan saya", kata Musa Ibrahim Yahaya, 17, salah seorang pelajar yang kini dirawat di hospital kerana kecederaan di kepala.
Jurucakap Tentera, Emmanuel Ojukwu mengesahkan laporanl media bahawa pengebom berani mati itu berjaya lolos di sebuah sekolah di Potiskum, negeri Yobe, tanpa di sedari orang ramai sebelum meledakkan bahan letupan ketika pelajar berkumpul untuk perhimpunan pagi.
Antara mangsa letupan |
Askar yang datang ke tempat kejadian dilaporkan dihalau keluar oleh orang awam yang marah kerana masih tidak dapat menyelesaikan isu pemberontakan yang sudah berleretan selama lima tahun. Pemberontakan itu dikatakan telah membunuh beribu nyawa dan menyebabkan ramai berpindah dari rumah mereka. - Siakapkeli.com.my