Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes 4 Beradik Ditinggal Bersama RM70 : Ibu Sudah Tampil Buat Laporan

No Comment


Sibu: Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes empat beradik yang ditemui merayau-rayau di Sibu Jaya pada petang Sabtu lalu. Mengikut laporan polis yang dibuat, empat beradik tersebut dikatakan dihalau dari rumah ibu mereka.


Dalam updates yang terbaru, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri menyatakan kanak-kanak tersebut bukanlah dihalau dari rumah ibu mereka seperti mana yang didakwa.

Menurut Mohd Kamal, ibu angkat mangsa yang berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal telah membuat laporan polis pada Ahad lalu untuk melaporkan kehilangan empat anak angkatnya yang berusia dua hingga tujuh tahun dirumahnya.

Menurut kenyataan dari wanita berkenaan, keempat-empat kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah sebelum wanita itu keluar. Tetapi sebaik sahaja wanita berkenaan pulang, dia mendapati mangga geriji pintu rumahnya pecah dan kanak-kanak itu sudah tiada.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya memetik laporan dari Harian Metro. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli