ADUN BN Selangor Tolak Rm200 Ribu Peruntukan Kerajaan Negeri Bagi Setiap Kawasan Pembangkang
Ketua Pembangkang Negeri Selangor harini telah menolak peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kerana menyifatkan pemberian itu adalah tidak adil dan satu penghinaan bagi mereka.
Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua Adun dari Barisan Nasioanl akan menolak peruntukann itu kerana tidak sama dengan jumlah yang diperolehi oleh Adun Pakatan Rakyat.
"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.
"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi sama banyak.
"Kalau nak bagi, bagi sama banyak. Itu baru adil namanya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini.
Beliau bertegas tidak akan menerima peruntukan itu dan mungkin akan mempertimbangkan semula jika jumlah yang diberi adalah sama dengan Adun Pakatan Rakyat iaitu RM700,00.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan melalui bajet negeri bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta untuk kawasan wakil rakyat BN iaitu dengan pembahagian RM200,000 setahun kepada setiap kawasan dalam 12 kawasan yang diwakili oleh Adun BN.
Semasa membentangkan belanjawan 2015, Azmin berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
