HeadFoams Pro: Fon Kepala Tahan Lasak
Pasti ramai tertunggu-tunggu akan kehadiran fon telinga ini kerana apa yang ditawarkan ini amat menarik di mana HeadFoams Pro merupakan fon telinga yang tahan lasak walaupun di bengkokkan tidak akan patah.
Selalu terjadi kepada admin sendiri apabila tidur dengar lagu guna fon telinga sebab tidak mahu mengganggu kawan lain tidur dan esok terjaga fon telinga admin patah.
HeadFoams Pro merupakan fon telinga yang dibuat daripada plastik yang tahan lasak dan tboleh dilenturkan dan dipusingkan tanpa mengalami sebarang kerosakan. Ia diperbuat daripada Eva Foam iaitu bahan yang sama digunakan untuk membuat selipar Crocs.
Bahan ini akan membuatkan fon anda lebih tahan lama berbanding dengan fon biasa yang mudah patah. Ini pasti akan memudahkan ada membawanya pergi kemana saja tanpa perlu risau akan kerosakan yang akan terjadi.
Selain itu, HeadFoams Pro ini turut dilengkapi sistem kawalan audio dan mikrofon supaya ia boleh digunakan menggunakan apa sahaja output seperti komputer atau telefon pintar anda.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini

