Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

CNN : "Askar Dakwa Telah Menembak mati Obama"

No Comment


Walaupun sudah hampir 7 tahun Barrack Obama menjadi Presiden US, portal berita CNN masih lagi sukar untuk membezakan beliau dengan Osama bin Laden.

Baru-baru ini, penyiar berita yang berpengkalan di Amerika itu membuat kesilapan besar ketika menyiarkan berita mengenai Robert O'Neill, askar yang mendakwa telah menembak mati Osama bin Laden pada 2011.

Di dalam laporan tersebut, mereka telah tersilap kapsyen apabila menulis askar terbabit menembak mati Obama di dalam satu serangan. Rasanya kesilapan ini berlaku kerana nama Osama dan Obama hampir serupa, cuma tertukar huruf S dan B sahaja.

Kapsyen laporan tersebut yang bertulis "SEAL who claims he killed Obama under attack" itu telah tersiar secara langsung hampir satu minit.

Walaupun kesalahan berkenaan dengan pantas telah diperbaiki oleh CNN, tetapi telah terlambat kerana ia telah menjadi bahan jenaka oleh penonton di media sosial. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli