Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Universiti Cairo Ditahan Miliki Novel '1984'

No Comment


Cairo - Seorang penuntut di Universiti Cairo diberkas oleh pihak polis Mesir pada 9 November kerana membawa novel yang berjudul '1984'. 

Novel yang ditulis oleh novelis popular George Orwell itu berkisarkan mengenai kehidupan masyarakat 'distopia' yang berada di bbawah pemerintahan diktator yang berlandaskan sistem hirarki.

Pelajar yang berusia 21 tahun itu ditahan ketika cuba memasuki universiti tersebut melalui pagar utama. Barang peribadinya termasuklah dua telefon bimbit, dua 'pendrive' dan 'harddisk' turut dirampas.

Menurut laporan dari akhbar Mesir, Al-Masry  Al-Youm, pihak polis menjumpai beberapa keping nota yang dipercayai milik pelajar terbabit yang mengandungi ajaran khalifah Islam dan cara untuk menggunakannya dalam sesebuah negara.

Novel 1984 yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949 menceritakan tentang watak protagonis, Winston Smith, 39, dan pemberontakannya terhadap pemerintahan diktator dan hirarki. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli