KLM Bina Hotel Dalam Badan Kapal Terbang Lama
Sebuah syarikat penerbangan di Amsterdam, KLM telah mengubah sebuah kapal terbang lama mereka menjadi sebuah hotel yang sangat menarik.
KLM yang sangat berani mengetengahkan konsep berbeza menjadi rebutan orang ramai untuk merasai pengalaman yang berbeza dari biasa.
Jika dilihat dari dalam, berdasarkan dekorasi semata-mata semetinya ramai yang tidak sedar yang mereka berada dalam sebuah kapal terbang kerana dekorasinya yang selesa pasti membuatkan penginap merasakan sedang berada dalam bilik hotel.
Pengubahsuaian kapal terbang ini adalah dengan menanggalkan kerusi-kerusi penumpang dan digantikan dengan bilik tidur, ruang tamu, sudut menonton serta perpustakaan selain dengan perhiasan yang cantik.
Bagaimanapun, hotel yang terletak di lapangan terbang Schiphol Amsterdan ini hanya dibuka selama tiga hari sahaja iaitu bermula pada 28 November sehingga 30 November ini. Disebabkan ianya sangat terhad maka hanya mereka yang betuah sahaja dapat merasai pengalaman tidur di dalam hotel kapal terbang yang unik ini. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini