Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelumba Kereta Dan Rakan Maut Kemalangan

No Comment


Kuala Lumpur: Seorang pelumba kereta warga Singapura dan rakannya maut selepas kereta Porsche 911 turbo yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan Kilometer 3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, di sini, semalam.

Difahamkan, pemandu kereta, Kwek Kon Chun, 35, adalah seorang pelumba kereta yang aktif dengan selalu menyertai kejohanan lumba kereta di Supercar Drag Race dan jelajah perlumbaan endurance.

Dalam kemalangan jam 2.45 pagi, semalam, Kwek bersama rakannya dipercayai jurufoto profesional, Franco Toh, 43, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Kwek adalah bekas Naib Presiden Pengurusan Korporat Hong Leong Asia Ltd berada di negara ini untuk menyertai pusingan kelima Siri Jelajah Supercar Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markhandan berkata, kereta itu dari arah Sepang menghala ke pusat bandar hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkan ia terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi, besi penghadang jalan telah tertusuk pada cermin kiri kereta Porsche tersebut  sebelum menembusi bahagian depan dan cermin kanan. Akibatnya kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk.

Mangsa maut akibat parah di kepala serta muka dan pihak jabatan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.-Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli