Tebuk Tembok Pemisah Israel-Palestin
Baitulmaqdis: Pemuda-pemuda Palestin semalam telah menebuk lubang pada tembok dibina Israel yang memisahkan Palestin-israel sebagai simbolik meraikan 25 tahun kejatuhan Tembok Berlin.
Kumpulan aktivis-aktivis Palestin membawa tukul dan menebuk lubang beramai-ramai dan mereka tidak mengendahkan lansung dengan kehadiran pasukan keselamatan Israel yang sering membuat rondaan
Lubang tersebut telah di tebuk pada tembok yang melintasi perkampungan Bir Nabala antara Baitulmaqdis dan Ramallah.
“Tidak kira betapa tinggi sekalipun sesuatu tembok, akhirnya jatuh juga. Sama seperti Tembok Berlin, tembok di Palestin ini juga akan runtuh,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Menurut wartawan, perbuatan simbolik itu dilaksanakan sekumpulan aktivis dan bukannya kempen terancang.
Kumpulan itu berkata tindakan itu diambil untuk menyampaikan mesej bahawa pembinaan tembok berkenaan tidak akan menghalang penduduk Palestin daripada memasuki Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Mereka turut menyeru penduduk Palestin agar bersedia untuk menyertai intifada Baitulmaqdis yang dianggap usaha kebangkitan terakhir untuk membebaskan Palestin.
Keruntuhan Tembok Berlin suku abad lalu acara besar dalam kejatuhan komunis seterusnya menyatukan Jerman pada 1990.
Tembok ini menjadi simbol penindasan rejim komunis dunia dan penduduk Palestin menggelar tembok yang kini memisahkan Tebing Barat dari Israel sebagai “tembok aparteid.”
Ia telah dibina oleh Israel pada 2002 kononnya untuk keselamatan, tetapi ia amat zalim kerana menyusahkan penduduk Palestin dan ia juga dianggap taktik kotor rejim Zionis merampas tanah mereka.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 2004 telah memutuskan pembinaan tembok itu bertentangan dengan perundangan antarabangsa.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah turut menganggapnya mengakibatkan “masalah kemanusiaan dan perundangan yang serius.-Siakapkeli.com.my”
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini