Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut Insiden Lahad Datu
Anggota Perlimen Batu, Tian Chua kini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan menghasut berhubung kenyataan berkaitan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun lalu.
Untuk rekod, Chua sebelum ini dituduh telah membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan juga pertempuran bersenjata di pantai timur Sabah telah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Hasil daripada keputusan mahkamah ini turut mengetepikan beberapa pertuduhan terhadap Chua adalah menghasut orang ramai bahawa serangan tembak menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk wujud suasana tidak aman di Sabah bagi mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini