Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-kanak Lumpuh Selepas Dilanggar Dapat Pampasan RM3.3 Juta

No Comment


SINGAPURA: Mahkamah Singpura telah mengarahkan seorang pemandu kereta membayar pampasan sebanyak RM3.3 juta kepada seorang kanak-kanak yang mengalami kerosakan saraf otak dan lumpuh kekal selepas dilanggarnya.

Pemandu itu didapati bersalah kerana telah melanggar lampu isyarat dan merempuh mangsa yang sedang berjalan kaki melintas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Singapura, Jean Chan mengarahkan pemandu itu membayar pampasan kerana telah membuat mangsa lumpuh sedangkan mangsa adalah seorang yang aktif dalam aktiviti lasak dan sukan.

Semasa kejadin mangsa baru sembilan tahun  telah dilanggar di lampu isyarat Jurong East Avenue 1 pada 6 Julai 2011 di dalam garisan lintasan pejalan kaki.

Menurut keterangan saksi di mahkamah beliau berasa di situ semasa kejadian berlaku ternamapk kereta tersebut memandu laju melanggar lampu isyarat dan melanggar mangsa sehingga melambung tinggi sebelum tercampak jauh.

Lima pakar perubatan yang memberi keterangan saman sivil tersebut meramalkan budak itu hanya akan hidup hingga umur 38 tahun selain mengharungi banyak pembedahan, pemulihan dan sesi fisioterapi sepanjang hidup yang berbeza daripada kanak-kanak biasa.

Kondisi mangsa sekarang menyebabkan mangsa mempunyai risiko tinggu untuk dijangkiti radang paru-paru. Ibu mangsa terpaksa berhenti kerja kerana kanak-kanak ini memerlukan penjagaan 24 jam.

Mangsa dan keluarganya bagaimanapun dirahsiakan identiti mereka kerana undang-undang Singapura tidak membenarkan maklumat diri kanak-kanak yang menjadi mangsa untuk didedahkan kepada umum kecuali mendapat kebenaran waris terlibat.

Mangsa juga boleh memohon ganti rugi masa depan selamat 3 tahun dari tarikh penghakiman jika memerlukan kos pembedahan bagi membuka saluran leher untuk memintas tercekik – akibat dijangkiti pneumonia.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli