KONVOI trak membawa serpihan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Ukraine tiba di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda malam tadi. - Foto AP |
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) berkenaan ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai puak pemisah yang pro-Russia di timur Ukraine pada 17 Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.
Serpihan bangkai pesawat tiba di Belanda semalam yang diangkut menggunakan trak untuk membolehkan penyiasatan yang diketuai Belanda dilakukan terhadap nahas itu.
Dalam satu surat daripada firma peguam yang mewakili beberapa keluarga mangsa nahas, pegawai tinggi kerajaan Belanda dilaporkan berkata, pasukan penyiasat berdepan dengan situasi geopolitik yang rumit di zon konflik dan ‘sedang melakukan apa yang termampu’.
Dalam satu temubual dengan AP semalam, jurucakap firma peguam berkenaan, Bob van der Goen mengkritik mengenai tempoh siasatan. – AP