Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kit Siang Menang Saman Fitnah Ke Atas Utusan

No Comment


KUALA LUMPUR 10 Dis - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Malaysia membayat RM250,000 kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai ganti rugi diatas penerbitan artikel mengenai pemilihan jawatankuasa eksekutif parti, Disember 2012.

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam berkata, peguam Gobind Singh yang mewakili Kit Siang berjaya membuktikan kes terhadap degendan atas keseimbangan kebarangkalian.

Hakim turut memerintahkan defendan membayar kos RM25,000.

Sementara itu, Kit Siang menerusi twitter berkata, ”Hurrah kepada (peguam) Gobind Singh Deo atas kemenangan hebat terhadap politik bohong.”

Lim memfailkan saman pada September tahun lepas terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad kerana menuduhnya memanipulasi pengiraan undi ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012 dalam satu laporan yang disiarkan akhbar itu memetik “Father Augustus Chen”.

Lim mendakwa artikel itu membayangkan Father Augustus Chen itu wujud dan kandungan “Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” berhubung dakwaan ada sesuatu yang tidak kena dan wujud politik dalaman dalam pengundian DAP adalah benar.-RakyatNews
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli