Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nenek ditangkap jual daun ketum 53 kilogram

No Comment


JITRA - Kegiatan menjual daun ketum dipercayai didalangi seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dan anak saudaranya kira-kira enam bulan lalu terbongkar selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di belakang sebuah rumah di Kampung Pida 6 Baru, Kodiang, dekat sini, dua suspek ditahan bersama sembilan bungkusan daun ketum seberat 53 kilogram (kg) bernilai RM954.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan siasatan seterusnya menyerbu rumah suspek.

“Kita merampas daun ketum dan menahan seorang wanita warga emas dan anak saudara perempuannya berusia 29 tahun kerana disyaki terlibat menjual daun ketum tersebut,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya percaya daun ketum itu adalah untuk dijual kepada pihak lain yang akan memprosesnya menjadi air ketum.

Menurutnya, suspek kini direman empat hari bermula kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Lokasi yang sama juga pernah diserbu kira-kira enam bulan lalu dan kita turut menahan seorang wanita berusia lingkungan 30-an,” katanya.-Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli