Pekerja BERNAMA TV Terpaksa Bercuti Kerana Tidak Dibayar Gaji
Seramai 20 kakitangan stesen televisyen Bernama TV terpaksa bercuti kerana sudah lebihs ebuan tidak dibayar gaji,
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh telah mengesahkan perkara ini kerana terdapat sedikit kelewatan dalam bayaran gaji dan beliau ebrjanji akan membayar gaji seepat mungkin.
“Kami sudah pun memasukkan bayaran permulaan RM500, dan kesemua baki gaji akan diberikan selewat-lewatnya minggu depan (minggu ini),” katanya.
Petikan dari Malaysiakini, seorang pekerja yang namanya dirahsiakan berkata dia sudah tidak pergi kerja sejak isnin lepas kerana tidak mempunyai duit untuk mengisi minyak ke pejabar dan untuk makan.
Kali terakhir para kakitangan itu menerima gaji mereka ialah pada 20 Oktober lepas, dan mereka masih belum dibayar gaji untuk bulan November.
“Saya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk menyara isteri dan anak-anak saya tetapi tidak untuk pergi dan balik kerja,” katanya
Seorang lagi kakitangan berkata, pihak BERNAMA sudah meberitahu untuk membayar gaji pada minggu ini tetapi teah ditunda ke minggu hadapa pula.
Untuk makluman ini adalah bukan kali pertama BERNAMA lewat membayar gaji perkara ini pernah terjadi pada Julai, Ogos dan September lalu itu pun selepas campur tangan .
Dalam perkembang lain yang berkaitan Timbalan Menterinya, Datuk Jailan Johari sebelum ini telah membuat pengumuman di Parlimen bahawa BTV akan disuntik dengan RM20 juta dana bagi kerja-kerja naik taraf teknikal.
Pihak kementerian juga telah emrancang untuk menjadikan BERNAMA TV beroperasi sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini