Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Korean Air Lewat Berlepas Hanya Kerana Menu Kacang

No Comment


SEOUL: Sikap pentingkan diri anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air yang telah memaksa pramugara keluar dari pesawat sebelum beberapa minit pesawat itu berlepas menyebabkan penerbangan tersebut telah tergendala.

Ia hanya kerana pramugara itu tersilap menu kacang kepadanya dan ini teah mencetuskan kritikan dari pelbagai pihak di negara tersebut.

Kapal tersebut sudah berada diandasan untuk berlepas  tetapi terpaksa berpatah balik ke terminal lapangan terbang New York kerana kejadian itu.

Perempuan itu juga adalah naib presiden eksekutif syarikat diuruskan keluarga, Cho Yang-ho itu bertindak demikian kerana ketua pramugara gagal mematuhi manual standard menyajikan kacang yang tidak dipesannya dan dibungkus pula dalam plastik bukan mangkuk.

Kerana kejadian itu pesawat tersebut telah tiba 11 minit lewat daripada jadual asal, seorang jurucakap Korean Air dalam reaksi awal berkata Hyun-ah telah mengambil pendirian bahawa penyelia kabin itu gagal memastikan keselamatan 250 penumpang.

Juruterbang pesawat bagaimanapun turut bersetuju dengan keputusan wanita itu kerana ia melibatkan penerbangan jarak jauh selama 13 jam tetapi Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pula sebaik menerima laporan itu mendakwa, kes tersebut sedang disiasat dengan teliti.

“Kami perlu melihat sama ada ia melibatkan apa-apa pelanggaran peraturan keselamatan penerbangan dan jika siasatan mendapati sebarang kesalahan, tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap syarikat Korean Air,” kata jurucakap kementerian di Seoul.

Pembangkang utama, New Politics Alliance for Democracy juga menggesa siasatan menyeluruh dan mendakwa Hyun-ah sepatutnya ada tanggungjawab menjaga imej syarikat penerbangan itu berbanding membuat kecoh hanya kerana menu kacang.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli