Tun M: US Kena Malu Kerana Tanah Negara Mereka Miliki Adalah Dicuri Dari Red Indian
Amerika Syarikat berbangga kononnya mereka adalah negara demokrasi yang berada di kedudukan tertinggi di dunia untuk memberitahu kepada orang lain dan apa yang salah dan apa yang peru dilakukan.
Itu adalah kata-kata pertama beliau didalam blognya Chedet.cc ditujukan kepada Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kerana mengecam Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan dan perbicaraan Anwar Ibrahim.
Beliau mempersoalkan "siapa Joe Biden? mereka sendiri melancarkan perang, melakukan penyeksaan kepada rakyat negara yang diperangi, membunuh berjuta-juta orang yang tidak bersalah, memusnahkan bandar-bandar dan kampung dan meninggalkan mereka tanpa kemudahan asas seperti eletrik,air dan sistem pembentungan."
"Kita hanya menahan seseorang tanpa bicara tetapi mereka menghukum orang mati tanpa bicara dengan menghantar drone untuk membunuh mereka dan itulah keadilan yang diamalkan oleh Amerika." jelas beliau yang nyata berang dengan Joe Biden yang dilihat cuba campur tangan dalam hal negara.
Beliau jugak menyelar tindakan Amerika sendiri dimana negaranya tidak aman kerana terdaapt rusuhana, masalah warna kulit dan menyoalkan budak umur 12 tahun pun boleh ditembak mati kerana ada pistol mainan tetapi tiada pembelaan untuk mereka.
" Amerika adalah tanah dicuri dari orang Red Indian melalui pembunuhan beramai-ramai. Amerika benar-benar harus tunduk kepala mereka ke bawah dalam malu selama-lamanya." tegasnya lagi.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini