Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bilangan orang Perancis memeluk Islam berganda selepas peristiwa Charlie Hebdo

No Comment


PARIS: Penganut agama Islam di kalangan orang-orang Perancis telah meningkat secara mendadak setelah serangan Charlie Hebdo.

Hal ini dilaporkan imam Prancis yang membertahu, semakin banyak orang yang datang untuk mengucap syahadah dan menjadi mualaf.

"Saya ingin masuk Islam dan menunjukkan kepada semua orang bahwa Islam bukan agama yang sebagaimana selama ini diketahui masyarakat Perancis maupun barat pada umumnya," kata seorang mualaf muda.

Menurut stesen radio, Masjid Besar Paris telah mengeluarkan 40 sijil mualaf di Perancis. Sedangkan pada tahun lalu masjid hanya memberikan sijil kepada 22 mualaf saja.

Jumlah sijil tahun ini jelas meningkat hampir 50 peratus. Peratus mualaf  Islam di Strasbourg dan Aubervilliers juga tinggi. Peningkatan ini mengalami kenaikan sekitar 30%.

Hal serupa juga terjadi di wilayah Lyon juga yang berhasil mengalami peningkatan sekitar 20%. Para imam berkata mereka terkejut pada mulanya oleh peningkatan penganut baru.

Selain itu, kepelbagaian profesyen, termasuk doktor, pengetua sekolah atau seorang pegawai polis yang melangkah masuk pintu Masjidil Besar.

Beberapa hari selepas serangan Charlie Hebdo, pengarah Perancis Isabelle Matic mengumumkan keputusannya untuk kembali kepada Islam pada akaun FaceBook beliau, membuat pengumuman itu di luar jangkaan hanya beberapa hari selepas serangan Paris.

Sebulan yang lalu, 17 orang terbunuh dalam serangan ke atas Charlie Hebdo yang menggegarkan Paris. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli