Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut
Sebelum ini kita mendapat tahu bahawa hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza sudah tamat.
Untuk pengetahuan, mereka berdua telah menjalinkan hubungan selama dua tahun dan itu bukanlah satu tempoh yang singkat.
Menerusi Malaysian Digest, hari ini memberitahu yang mereka berdua sudah kembali bercinta lagi.
“Saya sangat sayangkan dia (Aiman). Dalam hubungan ini biasalah, ada pasang surutnya dan kami ada bergaduh kerana sedikit salah faham.
“Tapi selepas kami berbincang dan menyelesaikan masalah itu semuanya kembali jernih. Kami sangat sayangkan hubungan ini.
“Dua tahun kami bercinta dan saya pula bukan seorang yang suka main-main dalam sebuah hubungan. Jadi, sekarang kami sudah okay,” katanya.
Menurutnya, punca timbulnya perselisihan faham itu mungkin dari tekanan akibat kesibukan.
Fathia turut mengakui yang dia terharu dengan komen-komen positif daripada para peminat selain itu mendoakan hubungan mereka kembali terjalin. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini