Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PTD Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan BMW 525i

No Comment

SHAH ALAM – Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan menerima suapan sebuah kereta BMW 525i bagi meluluskan permohonan lesen pajak gadai, tiga tahun lalu.

Tertuduh, B Kalaichelvan, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad, hari ini.

Kalaichelvan ketika itu bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dituduh menerima kereta itu di tepi Jalan One Utama, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, antara jam 8 malam hingga 11 malam, 18 Mei 2012.

Tertuduh menerima kereta berkenaan bagi pihak adiknya B Suthes, 29, daripada Yew Chai Huat, 44, bagi pihak syarikat Semuajaya Resources.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes. - BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli