Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kelapa Thaipusam Boleh Dipakai Semula - Mufti Perlis

No Comment

KUALA LUMPUR, 2 Februari: Masyarakat sering kali beranggapan aspek keagamaan itu bakal meninggalkan kesan kepada persekitaran dan juga kehidupan.

Namun, bagi menjelaskan keadaan ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin merungkai persoalan yang sering kali timbul setiap kali perayaan Thaipusam yang disambut saban tahun oleh penganut agama Hindu.

Apabila banyak kelapa bertaburan di tepi jalan, masyarakat Islam terutamanya akan lebih berhati-hati dalam soal penggunaan semula bahan tersebut.

Masyarakat Islam yang menjadi komuniti terbesar di Malaysia sangat sensitif apabila berbicara berkenaan pemakanan kerana orang Melayu Islam khususnya, sudah diterapkan dengan nilai-nilai makanan halal yang turut mementingkan aspek kebersihan.

“Boleh guna (kelapa tersebut) tidak ada masalah. Kelapa tetap kelapa, tidak akan berubah.

“Cuma yang jadi tak boleh bila ada unsur khurafat, sebagai contoh, orang ambil dan guna kerana percaya boleh guna untuk buat **** nak ditujukan kepada orang, itu tak boleh,” katanya kepada The Rakyat Post.

Bagaimanapun jelas beliau, umat Islam tidak digalakkan menggunakan bahan tersebut bagi mengelakkan mudarat.

Asri turut menjelaskan larangan untuk umat Islam menyertai upacara pecah kelapa kerana adanya unsur kepercayaan yang salah dan sudah pasti ditentang agama kerana aktiviti berkenaan adalah satu pembaziran.

“Saya fikir, saya tidak cadang orang Islam guna, ia tidak digalakkan dari aspek kesihatan kerana takut sudah tercemar. Bila kelapa itu dipecahkan, mungkin bakteria dah hinggap, di situ takut datangnya mudarat.

“Lagipun, dekat Malaysia ini ada banyak kelapa lagi, jadi kenapa perlu nak guna juga kelapa itu,” jelas beliau. - The Rakyat Post
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli