Lumrah kehidupan sebagai seorang selebriti sudah tentu segala tindak tanduk akan menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai (peminat) tidak kurang juga yang mengkritik tidak kira mana-mana pihak.
Tindakan Nazim Othman yang sering memuat naik status serta gambarnya laman sosial pun turut diperkatakan.
Bagaimanapun, menurut Nazim, dia kini bersifat lebih matang dalam menangani hal tersebut seiring dengan pertambahan usianya kini.
“Kalau provokasi sebegitu datang ketika saya berusia 25 tahun, mungkin saya akan melenting dan cepat marah. Bohong kalau saya katakan saya tidak bengang bila dapat komen negatif seperti itu.
“Tapi, saya tidak terlalu melayan setiap komen tersebut kerana orang yang memberi komen itu tidak kenal diri saya secara peribadi,” katanya
Namun begitu, dia tetap tidak menolak bulat-bulat komen serta kritikan yang dilemparkan kepadanya.
“Saya tidak menolak mentah-mentah setiap kritikan itu. Lagipun, jika tiada yang membidas, kita akan sentiasa berada di zon selesa tanpa mahu berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik,” katanya. - Siakapkeli.com.my