Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketua Editor Malaysiakini Akan Dipanggil Ketua Polis Negara

No Comment


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar harini telah memberi amaran ketua editor kepada portal Malaysia supaya tidak lagi menulis artikal-artikal yang dilihat cuba melaga-lagakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan membiarkan portal sahaja tersebut menyiarkan artikal-artikal yang sama sekali tidak tepat terutama isu surat yang dikirim Menteri Dalam Negeri kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Saya ingin memanggil Chief Editor Malaysiakini kerana perbuatannya yang cuba melaga-lagakan PDRM dengan Menteri."

"Saya meminta agar portal-portal lain agar harus berhati-hati dalam membuat laporan di laman masing dan saya tidak akan benarkan pihak yang cuba melaga-lagakan PDRM dengan pihak kementerian saya.” katanya.

Sebelum ini portal lidah rasmi pembangkang itu telah mendakwa raja judi Paul Phua Wei Seng pernah ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa kejohanan Piala Euro.

Portal itu mendakwa mengetahui Phua ditahan dan disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam perjudian haram dan dikenakan hukuman denda.

Selepas membayar denda, Phua dipercayai meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2010. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli