MANGSA tersangkut di pokok pada ketinggian kira-kira 15 meter. FOTO ihsan bomba |
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Sharifah Nadia Wafa Syed Muhamad Thalal Wafa, 27, tersangkut selepas tersilap jangkaan untuk melepasi pokok terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, bomba menerima panggilan pada 6.45 petang dan mangsa selamat diturunkan pada 10.19 malam.
Katanya, pihaknya mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa berikutan tiada akses masuk ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba memanjat pokok terbabit dan mangsa diturunkan menggunakan tali.
“Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya. – myMetro Online